Monday, August 13, 2007

Panduan Untuk Ibu Bekerja

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup.
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpanan susu.
3. Simpanan susu ibu:-
- Di dalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
- Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam.
- Suhu bilik tahan selama 8 jam.
4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.
5. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.


--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)



Tips Pemberian Susu Perahan

1. Pada malam sebelum anda mula memberikan susu perahan, turunkan bekas susu perahan sebanyak mana yang diperlukan untuk bayi pada keesokan harinya ke bahagian bawah peti sejuk (peti sejuk dua pintu). Biarkan susu beku ini akan mencair selama 6 hingga 8 jam (semalaman) di dalam peti sejuk bahagian bawah ini. Susu yang telah diturunkan ini dapat bertahan selama 48 jam.

2. Lebih kurang 15 minit sebelum memberi susu kepada bayi, rendam susu yang hendak diberikan tadi ke dalam bekas yang berisi air panas. Pastikan susu itu telah mencair sepenuhnya sebelum direndam. Sekiranya susu itu belum cair lagi, alirkan air paip ke atas bekas susu tersebut sehingga ia mencair sepenuhnya. Jangan sekali-kali merebus susu tersebut atau menggunakan microwave kerana ia akan merosakkan kandungan enzim dan protin di dalam susu ibu.

3. Apabila susu telah mencapai suhu badan (suam-suam), berikan kepada bayi dengan suapan sudu atau cawan. Cara yang betul adalah dengan meletakkan hujung sudu atau pinggir cawan ke mulut bayi. Pastikan bayi dipangku pada kedudukan separa duduk-baring untuk memudahkan bayi mendapatkan susu. Bayi akan mula menjilat susu yang berada dekat dengan mulutnya. Lakukan perlahan-lahan hingga susu habis sepenuhnya. Sendawakan bayi jika perlu setelah selesai.

4. Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.

No comments: